Servis Badan = Servis Kereta?

Bilakah kali terakhir kereta anda di servis? Mahukah anda merasai kenikmatan dan ‘pick-up’ kesegaran seperti kereta yang baru diservis?Tanyakan kepada diri anda sendiri bilakah kali terakhir anda servis badan anda? Mungkin anda terlupa oleh sebab tiada catitan dibuat sebagaimana pada kereta anda ‘ada tarikh dan jarak kilometer tertentu’ perlu diservis atau diselenggarakan. Anda pasti tahu tanpa servis berjadual kereta anda akan ‘meragam’ dan menyusahkan anda jikalau apa-apa berlaku di perjalanan. Perlu diingatkan, kereta anda punyai alat-ganti (spare-part) dan perlu ditukarganti kalau terdapat kerosakan (ware & tear) pada alat berkenaan. Tanpa berlengah anda bersetuju supaya bahagian yang rosak diganti segera.

Terfikirkah anda bahawa tubuh anda tiada alat-ganti bagi menggantikan mana-mana bahagian tubuh anda yang rosak? Anda berandaian bahawa ia akan dibaikpulih secara semulajadi. Keadaan ini lebih ketara apabila anda telah mulai masuk ke fasa ketiga iaitu fasa kemerosotan dan menurun (fasa umor melebihi 41 tahun). Tentu anda biasa mendengar masalah penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, masalah jantung, sakit belakang, sengal-sengal/bias-bisa badan, kanser (payudara, prostate, perut, usus dan otak) dan banyak lagi nama barisan penyakit, tetapi anda kurang arif bahawa ‘spare-part’ anda sebenarnya telah rosak maka timbullah gejala-gejala sebagaimana disebutkan tadi.

Servis badan (terapi badan) sebenarnya ialah melancarkan aliran darah keseluruh tubuh, mengaktifkan fungsi hormone, limfa dan sistem pertahanan tubuh. Darah berfungsi membawa bahan nutrient (zat) tubuh yang diterima daripada sistem penghadaman dan oksigen daripada sistem pernafasan dan darah juga berperanan membawa keluar bahan-bahan toksid tubuh ke sistem perkumuhan dan dinyahtoksidkan (detoxification). Ketidakcekapan atau ketidaklancaran aliran darah menyebabkan nutrient tubuh dan oksigen tidak cukup dan bahan toksid tidak habis dikeluarkan. Akhirnya tubuh akan menderita yang menimbulkan gejala-gejala penyakit seperti disebutkan tadi.

Berapa kali anda perlu servis badan? Demi untuk kesihatan yang optima adalah dicadangkan sekali sebulan.
Amalan biasa lakukan 2 - 3 bulan sekali atau 4 - 5 kali setahun