Suatu Penyembuhan (Dari Pengalaman)

Pada awal April 1990, saya dimasukkan ke Hospital Kajang kerana sakit otot yang amat sangat (dari pangkal paha kiri hingga ke betis dan kaki serta jari). Dua hari para doktor membuat pelbagai ujikaji – darah, tekanan darah dan X-ray – didapati tiada apa-apa yang abnormal, semuanya OK! Saya masih meneriak kesakitan………apa yang doktor lakukan ialah beri ubat ‘pain killer’ sahaja. Kemudian saya dipindahkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.

Selama tiga hari para doktor (termasuk doktor pakar) masih belum mengesan penyakit yang saya alami. Hari keempat kaki saya mulai bengkak; kesakitan makin bertambah, badan berpeluh siang-malam, rasa dahaga amat sangat tetapi tidak boleh minum banyak serta rasa hendak muntah. Doktor jadi panic – beberapa doktor pakar datang – akhirnya diberi ‘drip’ glucose, air garam (NaCl) dan antibiotik 3 botol sekali gus! Saya diberi ‘drip’ tersebut selama 25 hari terus-menerus (entah berapa ratus botol saya tak pasti). Selera makan berkurangan dan badan semakin kurus (berat badan susut daripada 60kg ke 38kg). Seterusnya pelbagai ujikaji dilakukan, akhirnya dari cecair lutut (synavoil fluid) doktor mengesahkan sejenis penyakit tulang-daging ‘OSTEOMYLITIS’ yang disebabkan oleh kuman staphylococcus aeurus. Saya terlantar di hospital selama 12 minggu.

Apabila saya pulih sedikit saya minta kebenaran keluar (discharge) – tetapi doktor wad tidak membenarkan sebab perlu perhatian lanjut. Atas desakan, saya terus berjumpa ketua doktor pakar – akhirnya kebenaran diperolehi.

Saya pohon rawatan sebagai pesakit luar – pada mulanya 3 kali seminggu, kemudian apabila beransur pulih seminggu sekali dan seterusnya semakin jarak 2 minggu sekali – rawatan berlanjutan selama lebih 2 tahun, namum penyakit yang saya hidapi entah bila penyembuhannya?? Saya tidak boleh bergerak banyak, apatah lagi buat kerja.

SAYA TERUS MENERUS MENDERITA WALAUPUN MAKAN UBAT SETIAP HARI (SEPERTI YANG DIARAHKAN)

Pada awal Mei 1992 doktor pakar yang merawat saya mengatakan harapan sembuh adalah tipis (10% - 15% sahaja) dan kecacatan mungkin sepanjang hayat, tambahan pula doktor mencadangkan paras lutut keatas dipotong (amputate) bagi mengelakkan rebakan jangkitan kuman. Saya sungguh kecewa dan hilang kepercayaan kepada doktor tersebut.


SAYA TERPAKSA MENCARI KAEDAH ALTERNATIF BAGI MENYEMBUHKAN PENDERITAAAN INI ……

Pertama saya belajar sistem urat-saraf akupuntur (acupressure), CARA MENGURUT, kemungkinan urat-saraf telah rosak dan tidak boleh dibaikpulih dengan ubatan. Kedua belajar perubatan HOMEOPATI atas syor seorang rakan. Setelah saya pelajari kedua-dua kaedah tersebut, secara kebetulan ia punyai semacam ada kesamaan. Kaedah ‘acupressure’ badan dikawal oleh 12 meridian dan ‘homeopati’ tubuh diperbuat daripada 12 elemen.

Saya mulai belajar mengurut cara acupressure pada awal Jun 1992 dan selang 2 bulan kemudian belajar pula homeopati (Persatuan Perubatan Homeopati Malaysia). Disamping mengikuti kelas, saya terus mencari serta membaca pelbagai buku berkenaan urat-saraf dan buku homeopati demi mendalami dan mencari kaedah bagaimana merawat penyakit yang saya deritai ini. Saya kenalpasti puncanya, sejarah penyakit pernah alami, simptom-simptom yang ada, perasaan ketika sakit, bagaimana sakitnya, apa yang menyebabkan melarat atau melegakan – semuanya saya rekod dan susun dengan teliti supaya mendapat ‘TOTALITY’ sakit. Kedua-dua sistem tersebut mengenalpasti SAKIT seseorang pesakit dengan melalui symptom/keluhan dan bukannya PENYAKIT; kedua-duanya menggunakan kaedah seni (art of cure) untuk merawat pesakit. Saya mula mengamal kaedah ini secara serentak (mengurut & ubat homeopati) pada diri sendiri. Setelah 2 - 3 minggu, SAKIT yang saya deritai telah beransur pulih serta mulai segar, bertenaga, tidur lena dan selera makan bertambah. TOTALITY sakit sedikit berubah. Perubahan terus dicatat. Saya terus MERAWAT DIRI SENDIRI hampir enam (6) bulan. Akhirnya saya temui/capai kesembuhan. Wallahu a’lam, ALLAH TUHAN MAHA PENYEMBUH.

Pada November 1992 saya boleh berjalan tanpa bantuan tongkat dan mendirikan solat seperti biasa (tidak lagi duduk). Kesihatan dan fikiran saya terus bertambah hari ke hari. Atas permintaan, saya mencuba kedua-dua kaedah ini merawat kawan-kawan yang menghidapi pelbagai masalah kesihatan – hasilnya menakjubkan – Insya Allah.

Hari ini Januari 1993 saya boleh melakukan aktiviti kegemaran iaitu berjogging…………………..


TAJARUDDIN BIN JASI
10hb Januari 1993.