Air Bersih Lagi Membersihkan

Air merupakan elemen asas kepada tubuh yang sihat. Air yang mengalir dalam tubuh akan menentukan tahap keseimbangan dan seterusnya kesihatan tubuh. Badan kita terdiri daripada 72% air, 8% kombinasi bahan kimia dan baki 20% lagi merupakan komponen tulang dan tisu-tisu organ badan. Jadi badan manusia adalah takungan air bertujuan menggerakkan segala fungsi metabolisma dan tindakbalas tubuh pada setiap detik kehidupan termasuklah dalam waktu tidur mahupun dalam keadaan separa sedar, pengsan atau koma, selagi nyawa (hayat) masih ada dalam tubuh.

Setiap peroses kehidupan, termasuk peroses penyembuhan akan hanya bertindakbalas dalam badan kita menerusi air. Badan kita sentiasa bergelut untuk menjadi muda dan sihat dengan aktiviti baikpulih sepanjang masa dan aktiviti baikpulih ini mencapai tahap optimum pada waktu rihat tidur malam. Setiap komponen tubuh bekerja secara seiring untuk ‘repair’ dan menjana mana-mana sel yang rosak, menyambung tulang-tulang yang patah, menyerang serta memusnahkan organisma perosak seperti virus dan bacteria yang memasuki tubuh. Dalam setiap proses tersebut hanya terdapat satu media yang menggerakkan aktiviti tersebut iaitu AIR.

Darah dalam badan merupakan perkara paling mustahak yang mengandungi air 83% air. Darah mengalir keseluruh ceruk rantau tubuh kita yamg membawa segala nutrient keperluan tubuh seperti oksigen, antibodi, mineral, vitamin, hormon serta enzim atas permintaan pada bila-bila masa diperlukan. Untuk darah menjalankan tugas secara cekap, badan kita perlukan cukup air bersih yang sihat.

Pengambilan air yang tidak cukup/kurang atau air yang tercemar akan menyebabkan kandungan darah akan berubah dan akhirnya boleh merosakkan kesihatan. Otak kita mengandungi lebih 80% air dan mengawal setiap peroses yang berlaku dalam badan. Dan kawalan ini kekal secara tetap untuk menghantar serta menerima pelbagai isyarat menerusi system saraf yang secara realitinya daripada sumber air yang terdapat dalam tubuh. Cecair dalam saraf hampir sepenuhnya adalah air dan minerals. Penyampaian signal atau mesej yang dipanggil ‘protein transporter’ bergerak pada kelajuan cahaya ke setiap sel dan organ dalam badan. Semuanya ini perlukan air.

Seperti mana-mana rangkaian komunikasi, rangkaian sistem saraf memberi kesan kepada kelajuan mesej yang yang akan dihantar. Jika cecair dalam saraf dipenuhi bahan kimia yang tidak perlu seperti logam berat, radikal bebas dan karbon, hasil tindakbalas akan lambat dan mesej akan bercelaru. Kecelaruan ini menjadi punca kebanyakan gangguan sistem saraf seperti ‘attention deficit disorder’, ‘chronic fatigue syndrome’, kemurungan dan pelbagai penyakit seumpama darah tinggi, kencing manis, barah dan masalah jantung.

Air bertindak sebagai media proses segala aktiviti metabolisma yang diperlukan oleh badan, termasuk tenaga. Tenaga kita banyak bergantung kepada jumlah air yang kita minum. Kehilangan 5% air dalam badan akan menyebabkan kehilangan 25% – 30% tenaga manakala kehilangan 15% air dalam badan boleh membawa maut!

Dianggarkan lebih dua pertiga daripada manusia tidak minum cukup air dan menderita dehidrasi. Contuh paling klasik ialah penghidap sembelit disebabkan ketidakcukupan air di dalam badan. Malangnya kebanyakan kita beralih kepada minuman perangsang seperti kafein (kopi & teh), berkabornet dan gula untuk menambah tenaga berbanding meminum lebih banyak air kosong bersih yang sangat-sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga semulajadi. Kafein dan gula sebenarnya boleh menyebabkan kita kehilangan lebih banyak tenaga dan air. Ini disebabkan untuk metabolismakan kafein dan gula badan gunakan tenaga dan air. Akibatnya lebih banyak tenaga dan air semulajadi akan hilang. Ini boleh membawa ketagih kepada tenaga buatan palsu.

Perhatikan dan Fikirkan Senario Ini. Air yang kita minum setiap hari sudah tercemar serious. Makanan segera dan minuman ringan yang menjadi kegemaran genearsi baru kini mengandungi pelbagai bahan pengawet, bahan kimia, perasa dan pewarna. Sayuran dan buahan disembur dengan racun serangga serta kulat dan disuburi dengan baja kimia tiruan. Ikan dipasaran mengandungi logam berat seperti raksa dan plumbum. Daging segar dicemari hormone tumbesaran dan antibiotic. Kualiti udara yang kita sedut saban hari turut tercemar oleh pelbagai punca sebab. Ini belum diambilkira ‘musim’ jerebu yang menakutkan. Toksid-toksid ini secara langsung ‘masuk’ dan akan terkumpul dalam badan kita setiap hari. Lama-kelamaan sel-sel serta fungsi-fungsi organ badan akan terganggu dan rosak, akhirnya menyebabkan pelbagai jenis sakit dan penyakit.

Kebersihan air yang diminum memberi impak yang besar kepada tahap kesihatan dan tenaga kita. Apabila bahan toksin termasuk klorin (dalam air paip rumah) masuk ke dalam badan, kita perlu menggunakan sebahagian tenaga dan air untuk mengurangkan serta memperbaiki kerosakan akibat pencemaran itu. Meminum banyak air bersih boleh mempercepatkan proses metabolisma dan membolehkan badan kita menyerap nutrient dengan lebih baik, sekali gus meningkatkan sumber tenaga. Sistem penyahtoksik (detoxification) dalam badan kita satu-satunya komponen terpenting untuk mencapai kesihatan yang optimum dan satu proses yang sangat-sangat bergantung kepada jumlah air bersih yang diminum.

Kadar Minimum
Kita biasa mendengar atau baca yang kita patut minum 6 - 8 gelas air sehari. Kadar itu hanya membantu mengekalkan tahap kesihatan paling minimum. Dengan lain-lain perkataan kadar 6 - 8 gelas tersebut adalah kadar paling minimum bagi meneruskan fungsi asas badan seperti penghadaman, kawalan suhu badan, pergerakan jantung, pelincir sendi dan kelembapan kulit.

Percayalah, setiap kali kita bernafas, mengedip mata, menggerakkan tangan dan kaki, degupan jantung dan melakukan apa jua bentuk kerja, ia merupakan proses yang memerlukan air. Jadinya setiap pergerakan tadi akan mengurangkan jumlah air. Untuk badan berfungsi secara normal berterusan kita perlu meminum air bersih lebih daripada tahap minimum. Lebih banyak minum air bersih, lebih banyak toksin boleh dikeluarkan dan mengekalkan keremajaan kulit. Ia merupakan proses mudah yang membawa perubahan hebat kepada tahap kesihatan yang berkekalan. Kita perlu lakukan dengan meminum banyak air bersih.

Saranan pengambilan air yang sihat ialah 10 – 12 gelas sehari. Namum untuk mencapai faedah optimum minumlah 14 ke 16 gelas air bersih sehari. Tabiat kesihatan yang baik adalah meminum segelas air setiap satu atau dua jam sekali. Pada tahap awalnya mungkin anda akan kerap ketandas buang air kecil, tetapi tidak setelah menjadi kebiasaan. Perhatian: air yang mengandungi gula atau kafein tidak boleh diambilkira kerana ia hanya menyebabkan kehilangan air dan tenaga dalam badan.

Sebenarnya tubuh yang berpenyakit adalah tubuh yang dipenuhi banyak kekotoran hasilan daripada makanan dan minuman yang tidak sihat seperti banyak mengandungi bahan awetan, perasa, lemak-minyak, manisan, garam dan bahan kimia proses dalam makanan moden. Hanya air yang bersih yang boleh membersihkan tubuh kita daripada bahan toksin tersebut.

Mari kita cuba dan amalkan meminum lebih daripada 10 gelas air bersih sehari untuk seminggu dan anda akan terkejut dengan kesan yang hebat. Meminum segelas air bersih sebelum tidur dan meminum lagi segelas air sebaik bangun daripada tidur sebelum anda membasuh mulut atau memberus gigi adalah amalan yang sihat. Sekurang-kurangnya anda akan merasa ‘puas dan lega’ selepas membuang air besar dan badan akan berasa lebih segar terutamanya setiap kali bangun daripada tidur. Amalan meminum air sebanyak ini agak sukar diperingkat awal (perlukan sedikit displin diri) dan setelah diteruskan ia membawa banyak faedah kepada kesihatan anda.