Pengenalan

Segalanya bermula dengan izin Allah, Allah Yang Maha Besar. TajaBody telah bermula seawal Januari 1993, setelah saya sembuh daripada gejala penyakit yang dipanggil ‘Osteomylitis’, yang menurut doctor pada masa itu tiada ubatan khusus bagi penyakit tersebut. (sila baca Suatu Penyembuhan Dari Pengalaman).

Bertukar Kerjaya: Dari ahli Ekonomis ke ahli Terapis
Bermula daripada merawat kawan sekerja, perkataan dari mulut ke mulut, telah merebak dan berkembang hingga menimbulkan suatu ‘peluang kerjaya’ yang tidak pernah saya impikan, kerjaya sebagai ahli terapis. Daripada kerjaya ahli ekonomis dalam bidang penyelidikan ekonomi pertanian dan kelayakan akedemik tertinggi, Master Ekonomi.

Himpunan daripada warisan arwah bapa, pembelajaran sistem urat-saraf acupressure dan perubatan homeopati serta pengalaman merawat ramai pesakit yang mengidap pelbagai masalah sakit serta penyakit saya mengambil keputusan bersara awal daripada perkhidmatan kerajaan pada 1 Jun 2007, untuk menjadi kerjaya terapi sepenuh masa.

Untuk meneruskan ‘legenda’ warisan terapi, sejak Mac 2008, saya telah memulakan kelas/kursus terapi dipanggil TajaBody Therapy (sila lihat Modul Therapy). Ditawarkan dalam bentuk 'Modul'. Keutamaan Kursus ini menekan aspek amali @ practical, dimana pembelajarannya amali 90% dan 10% teori. Sijil ini berorentasikan kemahiran, dimana setelah tamat kursus seseorang boleh merawat diri sendiri, ahli keluarga terdekat seperti ibu-bapa, suami-isteri serta anak-anak dan jiran tetengga. Apabila sudah ada pengalaman boleh merawat ‘orang luar’ dengan mengenakan bayaran yang berpatutan. Akhirnya boleh menjadikan sebagai kerjaya yang menjana pendapatan tanpa had dan kerjaya sepenuh masa.


Ahli Terapi: TAJARUDDIN B. JASI

Kelayakan Akademik

  • Diploma Kesihatan Haiwan & Penternakan (Veterinar)
  • Bac. Science
  • Master Ekonomi
  • Sijil Homeopati, Persatuan Perubatan Homeopati Malaysia
  • Sijil ‘Royal Thai Medical Therapy and Aromatherapy Massage’