Artikal Kesihatan


Artikal 1

ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN

Apa yang anda makan akan menjadi ‘darah daging’ anda. Jadi benarlah apa yang anda makan akan jelmalah diri anda. Jika baik yang anda makan, maka anda akan menjadi baik akhirnya. Jika sebaliknya, maka padahlah diri anda. Tentunya anda pernah mengalami sakit perut sekembali daripada jamuan kenduri atau jamuan nikah kahwin. Kenapa? Tentunya makanan yang anda makan tersebut telah tercemar atau ‘ telah tidak baik’ dan akibatnya perut anda memulas dan berlakulah ceretberit dan terpaksa pergi mencari rawatan yang menyusahkan dan membebankan anda.

Pada setiap hujung minggu, terutamanya pada awal bulan, ketua keluarga akan membawa anak-anak pergi membeli-belah dan makan-minum ‘di luar’. Selalunya mereka akan mengikut ‘kehendak’ anak-anak dan membeli segala apa saja seperti makanan snack, ais kream, chokelat, biskut, buah jeruk, minuman botol atau tin dan seumpamanya. Bila makan, tempat yang menjadi pilihan atau kegemaran ialah ‘fast food’’ seperti McDonald, Kentucky Fried Chicken dan King Burger. Sebab utama berbuat demikian ialah ringkas, cepat, selesa dan menyelerakan. Faktor khasiat makanan dan nilai pemakanan jarang atau tidak pernah diambilkira. Senario ini seolah-olah menjadi trend budaya masyarakat bandaran negara kita. Pengaruh media massa dan teknologi maklumat mungkin mempengaruhi trend budaya yang disebutkan di atas akan menjalar ke masyarakat desa pula kemudian.

Begitu juga apabila di dapur, si ibu akan memasak apa sahaja yang si anak suka – ikutkan selera. Kueh-mueh yang penuh berkrim, bubur yang manis, air kordial yang berbagai perasa dan warna, masakan ikan atau daging yang beranika jenis dan gaya, nasi minyak, nasi kerabu, dan berbagai lagi sebagai pilihan utama seisi keluarga. Semuanya indah dan sedap serta membuka selera untuk memakananya. Buku-buku resepi makanan turut menyajikan pelbagai citarasa masakan ala tradisinol, barat dan sebagainya. Siaran media TV tidak kurang hebatnya dengan penampilan beberapa orang chef yang terkenal dan hebat-hebat. Sogokan media ini sudah tentu menarik ramai peminat dan suri rumah untuk mencuba dan memikat ‘hati’ suami serta anak-anak. Inilah yang dikatakan gaya-hidup mengikut zaman. Kempen kurangkan gula dan kolesterol semacam satu hiburan sahaja seperti drama-drama dan lain-lain slot di TV atau iklan di paparan akhbar.
Jikalau berlaku keracunan makanan di kantin sekolah atau di mana-mana sahaja, reakasinya tidaklah lama. Rasa panik dan bimbang hanya sementara waktu sahaja. Yang sibuk hanyalah kakitangan Jabatan Kesihatan yang terpaksa mengawasi suasana dan keadaan. Operator-operator makanan seperti restoren-restoren dan gerai-gerai terus-menerus menyediakan makanan yang menyelerakan kehendak ramai. Mungkin ini strategi pemasaran yang paling berkesan – mengikut kehendak/selera pengguna. Pelanggan mesti diutamakan. Mutu dan nilai, mungkin juga kebersihan makanan diabaikan. Apa yang mereka sediakan, itulah apa yang anda makan.

Makanan adalah salah satu daripada sumber untuk hidup. Secara logik tanpa makanan seseorang akan mati. Ada yang mengatakan hidup untuk makan atau sebaliknya makan untuk hidup. Walaupun apa pun diperkatakan, makanan sangat penting dalam kehidupan harian anda. Hampir semua keperluan tubuh diperolehi melalui makanan. Keperluan glukosa (tenaga), protin (amino asid), lemak, garam galian, vitamin, serat (fibre) dan air – semuanya bersumberkan daripada makanan.

Manusia kini makin sibuk. Kebanyakan mereka tidak mempunyai masa memikirkan apa yang mereka makan. Bagi yang bekerjaya suami isteri, makan di luar (eating outside) macam suatu kemestian. Selalunya mereka memakan mengikut selera, apa yang sedap itulah menjadi pilihan. Jarang sekali memikirkan sama ada apakah itu baik atau tidak baik untuk kesihatan tubuh badan mereka. Pilihan lauk-pauk – ikan, daging dan telor yang menyelerakan menjadi keutamaan berbanding sayuran dan ulaman.

Diketahui umum bahawa hasilan ternakan seperti telur, ikan dan daging mengandungi kolesterol sedangkan makanan daripada tumbuhan seperti sayuran dan bijiran tidak mengandungi kolesterol (Mediconsult 1999). Kolesterol hasilan ternakan akan membina low density lipid (LDH), sejenis lemak yang sukar dikumuhkan oleh sistem tubuh dan sangat merbahaya kepada kesihatan dalam jangkamasa panjang. Kandungan kolesterol yang tinggi, terutama dari kalangan LDH, boleh menyebabkan banyak komplikasi kesihatan tubuh. Antaranya ialah kegemukan. Kegemukan (obesity) adalah berkait rapat dengan kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan seterusnya boleh menyebabkan masalah kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan stroke [sila rujuk kembali bab kegemukan dan akibatnya].

Lapuran Kementerian Kesihatan (Berita Harian 20/11/200), bahawa pesakit diabetes meningkat 30% sejak 1990 ke 1998 iaitu daripada 19,563 ke 25,318 pesakit, kerana amalan pemakanan yang tidak sihat. Corak pemakanan yang tidak sihat ialah yang mengikut selera dan rasa tanpa memikirkan khasiat serta nilai makanan yang dimakan.

Paras kolesterol dalam darah sebahagian besar daripadanya dipengaruhi pengambilan makanan berlemak (saturated fat). Makan berkolesterol tinggi, cara pemakanan tidak betul (poor eating habits), meminum minuman keras (alcohol) dan penyalahgunaan dadah adalah antara gaya hidup yang tidak baik diamalkan oleh masyarakat moden (Tajaruddin 2000). Apabila anda memakan makanan tersebut, seolah-olah anda mengundang komplikasi penyakit yang disebutkan tadi.

Gula memang manis. Yang manis pada lazimnya memikat selera. Jika dimakan berlebihan akan membawa padah. Gula pada akhirnya akan menjadi ‘racun’ pula. Memakan makanan yang mengandungi tinggi gula dan garam bertapis (refined sugar & salt) serta makanan banyak kandungan gula (high sugar contained food) boleh menjadi punca penyakit kronik yang berpanjangan. Gula yang berlebihan dalam badan akhirnya akan ditukar dalam bentuk lemak. Tambahan pula hampir kebanyakan makanan yang diperoses dan ditin (canned) banyak mengandungi gula dan garam. Bukan itu sahaja, ia juga turut ditambah bahan-bahan pengawet, pewarna dan pengstabil (stabilizer) yang langsung tidak diperlukan oleh tubuh anda dan akan di simpan oleh tubuh sebagai bahan toksid. Trend peningkatan kegemaran menikmati makanan segera yang kelihatan ‘bersih dan sihat’ tetapi banyak mengandungi bahan-bahan kurang berzat dan tidak sihat adalah sangat mendukacitakan. Akhirnya, kemanakah bahan-bahan itu pergi atau di simpan? Ia akan menjadi bahan toksid dan bercampur gaul dengan lemak di dalam tisu-tisu serta organ-organ tubuh. Jadi kurangkan pengambilan garam dan gula yang berlebihan.

Pepatah yang mengatakan “anda adalah apa yang anda makan” memang ada kebenarannya. Kalau anda memakan makanan yang berkelosterol tinggi, maka banyaklah kandungan kolesterol dalam badan anda. Kolesterol yang berlebihan boleh penyebab masalah jantung. Begitu juga, kalau anda memakan makanan yang tinggi kandungan gula maka lambat laun akan tinggilah kandungan gula dalam tubuh anda. Gula berlebihan boleh menyebabkan kencing manis. Badan kita atau lebih tepat lagi perut kita bukanlah seperti bakul sampah yang boleh dimuatkan dengan apa-apa sahaja yang kita selerakan.

Makanan mempunyai pengaruh hampir 70% daripada penyakit tubuh anda. Kalau anda ‘menjaga’ pengambilan makanan yang betul dan sihat, anda dapat ‘menjauhi’ hampir 70% masalah kesihatan anda. Sabda Nabi Muhammaad S.A.W. ‘sembilan daripada sepuluh penyakit berpunca daripada perut’. Maksud perut itu ialah makanan. Allah sendiri menyuruh manusia memilih makanan yang baik-baik. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah (ayat 172) bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah daripada yang baik-baik apa yang telah kami kurniakan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jikalau memang hanya kepadaNya kamu menyembah”. Begitu sekali penting menjaga pengambilan makanan yang baik-baik.

Apa-apa makanan yang disumbatkan kedalam perut akan melalui berbagai-bagai tindakbalas kimia yang kompleks. Seterusnya mana-mana bahan komponen makanan yang tidak boleh dihadzam (digunakan oleh tubuh) dan dikumuh oleh mekanisma tubuh akan disimpan dalam badan sebagai sisa. Sisa itu tadi lama kelamaan akan mereput dan bertukar menjadi bahan toksid tubuh. Dan toksid tubuh itu tadi akan diluahkan atau dijelmakan dalam bentuk yang dipanggil sakit atau penyakit. Pada peringkat awalnya penyakit itu disemboyankan dalam bentuk seperti pening kepala, sengal-sengal badan, bisa-bisa tulang, sakit urat dan lemah tubuh-badan. Akhirnya semboyan tersebut akan membentuk keadaan yang lebih kronik seperti kanser, kencing manis, masalah jantung, kegagalan buah pinggang, gout, gastrik, batu karang dan berbagai lagi. Pada peringkat ini sudah terlambat atau terlewat. Kos rawatan pada peringkat ini mungkin sangat tinggi.

Oleh itu pemilihan makanan yang betul dan sesuai dengan keperluan tubuh sangat mustahak dan penting. Sekurang-kurangnya mengikut sebagaimana dalam piramid makanan. Banyak diperkatakan samada dalam media cetak atau siaran, mungkin juga ramai yang ‘berpengetahuan’ dalam bidang makanan tetapi tidak mengamalkannya kerana terlalu mengikut selera makan sebagaimana yang saya sebutkan diatas tadi.

Sebagai panduan saya perturunkan cara-cara pemilihan makanan yang sihat dan berkhasiat. Yang penting displinkan diri sendiri dalam membuat pilihan makanan yang baik. Tanpa displin semuanya tidak menjadi, termasukalah dalam penjagaan kesihatan.
Antaranya adalah seperti berikut:
· Makan banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan bijiran
· Kurangkan pengambilan hasilan ternakan dan makanan berlemak
· Tingkatkan makanan yang berserat (fibre) dan berkanji (starchy).
· Kurangkan gula, makanan yang diperoses, minuman ringan dan makanan segera.
· Ambil perhatian terhadap makanan yang mengandungi tinggi karbohaidrat, berserat dan bervitamin tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijiran.
· Sentiasa pilih makanan yang segar seperti ulam-ulaman dan yang baru dimasak dan segar.
· Masaklah makan sendiri (jika boleh), kerana tahap kebesihan dan kesegaran boleh dikawal dan dikenalpasti.
· Banyakkan minum air bersih.




Artikal 2


MARATHON:
Satu Kaedah Mencapai Kesihatan Maksimum.

Berjalan adalah sebaik-baik senaman tubuh. Berjalan pantas lagi lebih baik. Jika ada kemampuan dan tidak menyakitkan badan cubalah berlari. Dengan berlari lebih banyak aktiviti tubuh luaran dan dalaman dapat digerakkan. Menggerakkan anggota badan sekurang-kurangnya selama 30 minit sehari adalah penting bagi mencapai tahap kesihatan seseorang. Bilamana berkurangan gerak tubuh-anggota luaran maka berkurangan jugalah aktiviti atau gerakbalas anggota dalaman tubuh. Bila ini terjadi, terutama dalam jangkamasa panjang dan diburukkan lagi dengan gaya-hidup (life-style) yang kurang sihat, maka berlakulah himpunan lemak dan bahan toksid tubuh dan akhirnya boleh menimbulkan berbagai gejala sakit atau penyakit. Bermula daripada pening-pening kepala hinggalah kepada yang kronik seperti kencing manis, barah dan sebagainya.

Berjalan atau berlari di kawasan lapang seperti di taman rekreasi atau di kebun dengan dikelilingi pokok tumbuhan menghijau serta udara segar sangat baik untuk tubuh bagi mendapat bekalan oksigen yang sangat-sangat diperlukan oleh tubuh setelah seharian bekerja, terutama bagi mereka yang bekerja dalam bilik-bilik pejabat tertutup serta berhawa dingin. Bekalan oksigen yang secukupnya sangat penting bagi kelangsungan aktiviti tubuh seperti menghadzaman makanan, metabolisma tubuh dan sistem perkumuhan. Aktiviti berlari atau berjalan secara langsung menggerakkan seluruh anggota luaran seperti kaki serta tangan dan dalam beberapa minit tubuh akan merasa ‘panas’ dan sebentar lagi peluh akan keluar mercik daripada liang-liang permukaan kulit. Ini tandanya bermula satu proses perkumuhan (membuang kotoran/toksid tubuh), iaitu faedah secara langsung atau serta merta daripada aktiviti tersebut.

Marathon bermaksud berlari pantas dalam jarak yang agak jauh, umpamanya melebihi 5KM bagi menguji dayatahan dan ketahanan (test of endurance and stamina). Aktiviti marathon memerlukan latihan sebelum boleh melakukanya secara lebih agresif. Adalah dinasihatkan seseorang yang mengidap penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis tidak digalakkan melakukan aktiviti marathon secara mengejut. Buruk akibatnya. Latihan sedikit demi sedikit mengikut kemampuan seseorang adalah digalakkan. Marathon dikenali juga dengan berbagai nama antaranya larian, cross country, fun run, big walk, yang jaraknya antara 3 KM hingga 12 KM, dan half & full marathon masing-masing jarak 21.1 KM dan 42.2 KM. Ada juga mendaki tangga dikenali saperti tangga-thon dan tangga menara, towerthon seperti Menara KL.

Aktiviti Marathon
Sepanjang tahun di negara kita ini ada sahaja aktiviti marathon dianjurkan. Di Lembah Klang ada KL Marathon, Power Run, Hong Leong Charity Run, PJ-Half, Subang Jaya Run, Larian Batu Cave & Tanggathon, Larian Mesra Polis KL, dan di luar Lembah Klang ada Penang International Run, Ipoh Half-International Run, Johor-Singapore Run, , Larian Terengganu, Seremban Half, Klang-Half, anjuran pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta, sekolah-sekolah menengah dan rendah, persatuan-persatuan sukan dan belum lagi dikira yang dianjurkan oleh parti-parti politik, badan kerajaan dan berkanun, syarikat-syarikat swasta, badan-badan NGO dan amal/sukarela. Antara larian sepanjang tahun 2003 yang dipetik sebahagian daripada aktiviti Kelab Pacesetters Malaysia keluaran Jan-Feb 2003, seperti dalam Jadual 1.0. Walaubagaimana pun banyak lagi larian-larian lain turut dianjurkan mengikut penganjur dan penajaan. Pendek kata hampir setiap minggu atau bulan ada saja mana-mana pihak yang menganjurkan aktiviti sihat seperti ini. Acara marathon cuma menguji ketahanan tetapi yang lebih penting ialah natijah kesihatan akibat daripada latihan tersebut. Pada setiap kali upacara marathon diadakan, ia umpama satu pesta rakyat kerana penyertaannya mencecah ribuan peserta. Penang International Run disertai lebih 15,000 pelari. Antara ‘public figure’ yang terus mengamalkan aktiviti larian ialah Prof Diraja Ungku Aziz yang berumur 81 tahun (pada 28/20/03), masih sihat dan produktif. Bagaimana penyertaan anda dan pilihan adalah ditangan anda sendiri!



Faedah Marathon
Semua aktiviti sukan seprti marathon ini mahukan rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang sihat - Malaysia Sihat. Aktiviti marathon adalah sukan paling murah untuk diceburi oleh sesiapa pun. Ia tidak memerlukan peralatan yang mahal seperti perkakas atau persiapan yang berharga. Ia hanya perlukan Baju-T, seluar dan kasut sukan mengikut kemampuan. Tempat khusus saperti padang atau kawasan tertentu juga tidak diperlukan. Ia adalah satu aktiviti bebas yang boleh dilakukan di mana-mana samaada di kawasan perumahan, tanah lapang, taman rekreasi, padang sekolah dan ia satu acara bebas mengikut kebolehan dan kemampuan individu. Yang penting melakukan aktiviti senaman ini daripada beberapa minit hinggalah beberapa jam. Semua peringkat umor boleh menyertainya asalkan ada kemahuan serta keinginan mahu sihat.


Daripada pemerhatian penulis, juga seorang pelari, marathon disertai dari yang berumor 13 hingga 17 peringkat sekolah dan 18 tahun keatas ada yang berumur melebihi 70 tahun peringkat dewasa. Tidak ketinggalan juga penyertaan orang-orang kurang upaya seperti cacat anggota dan penglihatan, selalunya golongan ini akan dikenakan pada jarak yang lebih pendek iaitu 3 - 5 KM. Pernah penulis berjumpa seorang lelaki senior veteran berumor 68 tahun menyertai marathon, masih tegap dan sihat. Daripada beberapa orang veteran men yang ditemui kebanyakan mereka melebihi umor 50’an, semua mengatakan penyertaan mereka dalam larian tujuan utama ialah kesihatan, untuk mendapat hadiah adalah nombor dua atau tiga. Antaranya ada yang telah menyertai acara ini sejak 30 tahun lepas! Kebanyakan mereka tidak mengalami banyak masalah kesihatan. Ada diantara mereka pernah mengalami kesihatan tetapi setelah menyertai program marathon masalah kesihatan dapat diatasi dan kehidupan lebih ceria. Pernah juga diantara mereka mengidap batu karang, darah tinggi (belum serious), masalah dalam perut akan hilang/pulih sepenuhnya dengan aktiviti marathon. Jarang sekali diantara mereka pergi ke klinik mahupun hospital setelah menyertai aktiviti ini, sebabnya ialah badan mereka sihat.

Mengapa mereka sihat? Jawapanya ialah apabila seseorang berjalan atau berlari, aktiviti jantung akan meningkat. Peningkatan aktiviti jantung akan meningkatkan aliran darah kemerata tubuh. Tubuh memang perlukan aliran darah yang lancar agar apa-apa keperluan tubuh dapat dipenuhi secepat mungkin. Kelembaban pengaliran darah menyebabkan kelembaban aktiviti sel atau organ yang terlibat. Tubuh perlukan berbagai elemen yang telah dihadam oleh tubuh seperti asid amino, bahan tenaga (glukosa), ion-ion garam tubuh dan vitamin. Peredaran hormon, antibody, enzim dan lain-lain cecair tubuh sangat penting sampai kepada sasarannya bersama aliran darah yang lancar. Dan sebaliknya daripada sel atau organ tubuh darah juga berfungsi mengeluarkan bahan-bahan lebihan (by-product) supaya dapat dikumuhkan oleh sistem seperti gingal, paru-paru dan kulit. Peroses ini kadang-kadang dipanggil detoksifikasi (detoxification). Peroses ini sangat penting sebab by-product tubuh merupakan bahan toksid keracunan dan kalau tidak dikumuhkan oleh tubuh akan menjadi penyebab punca segala penyakit.

Adalah dianggarkan tenaga dalam badan akan digunakan antara 20-25% ketika aktiviti otot dilakukan (Elaine Marieb, 1998). Tenaga tersebut diambil daripada tisu-tisu lemak tersimpan dalam badan dan glukosa yang bebas dalam tubuh. Mungkin ini sebabnya kebanyakan pelari marathon tidak mempunyai badan yang ‘boroi’. Lagi pun apabila otot-otot badan digerakkan, perjalanan darah akan lebih cekap dan hasilnya akan dapat mengurangkan rasa keletihan dan ketidakselesaan tubuh. Ini juga akan meningkatkan aktiviti metabolisma tubuh bagi menambah dayatahan, kekuatan dan rintang (resistance) penyakit. Turut terlibat sama ialah peningkatan aktiviti perkumuhan, ia akan lebih baik berfungsi jika melakukan senaman.

Satu lagi faedah yang tersirat ialah untuk ‘kesihatan negara’ iaitu perpaduan nasional dan internasional kerana penyertaan marathon disertai oleh pelbagai kaum dan bangsa. Seseorang boleh bertukar pendapat atau maklumat tentang penjagaan kesihatan diantara peserta; bagaimana mengekalkan stamina, apa pemakanan yang baik dan bagaimana latihan patut dilakukan. Ia juga sebagai sumber tukar matawang asing dengan kedatangan ramai pelancong asing yang turut serta.

Kesihatan tubuh perlu diusahakan seperti juga kekayaan kebendaan perlukan usaha yang gigih dan berterusan. Tidak ada jalan singkat dan tiada ‘petua’ yang mujarab bagi mendapatkan tubuh yang sihat. Hanya kecekalan diri, usaha yang berterusan dan latihan yang bersistematik akan menjadikan seseorang itu sihat.


Tajaruddin bin Jasi
22, Jalan 3/76, Bandar Baru Bangi,
43650, Bangi, Selangor




Artikal 3


Makanan Kesihatan: Kebaikan Untuk Semua

Dalam kita menghadapi kesibukan tugas harian rumah-tangga atau pejabat, kebanyakan kaum wanita khususnya para surirumah agak sukar mengenalpasti atau memilih makanan yang baik untuk seisi keluarga. Bagi suami-isteri yang berkerjaya makan di luar sering menjadi pilihan utama kecuali pada hujung minggu atau hari cuti. Ketua keluarga atau orang yang membuat keputusan memilih makanan sangat penting bagi menjamin tahap kesihatan ahli keluarga. Pilihan yang bijak ialah makanan yang berkhasiat yang mempunyai nilai-nilai kesihatan bukan makanan yang lazat dan mengikut kehendak selera. Anda adalah apa yang anda makan (you are what you eat). Baik yang anda makan, maka sihatlah tubuh anda.

Makanan kesihatan adalah makanan yang menyediakan atau membekalkan keperluan tubuh yang boleh meningkatkan tahap kesihatan dan mencapai cegahan kejadian atau serangan sesuatu penyakit. Makanan kesihatan kadang-kadang dilabelkan sebagai makanan lengkap, makanan berfungsi atau makanan farmasi. Mengikut Jean Carper (1988), dalam bukunya The Food Pharmacy, mengatakan makanan kesihatan adalah makanan yang dipenuhi dengan agen-agen farmakologikal dan bertindak sebagai bahan ubatan dalam tubuh dan beliau turut menjangkakan manusia masa hadapan akan menggunakan lebih banyak sumber makanan dan mengurangkan penggunaan ubat-ubatan bagi menjaga kesihatan.

Sebenarnya, makanan kesihatan bergantung banyak kepada bahan-bahan aktif biologi yang terdapat di dalam makanan tersebut yang boleh memberi kesan peningkatan kesihatan atau kecergasan seseorang. Antara bahan-bahan tersebut adalah protein, serat, vitamin, antioksidan, karotenoid, garam galian, asid lemah tak tepu, phytokimia, alkaloid, glikosid, karbohidrat (tenaga) dan berbagai lagi bahan kultur aktif terkandung di dalam makanan kesihatan. Semua bahan-bahan tersebut akan dan serta boleh membantu peroses seperti tumbesar tubuh, keseimbangan sistem metabolisma dan bertindak menguatkan sistem ketahanan tubuh bagi melawan daripada serangan atau jangkitan penyakit tertentu.

Pilihan Makanan Kesihatan
Yang pasti makanan yang segar dan semulajadi mempunyai nilai kesihatan yang lebih tinggi berbanding makanan yang diperoses. Kebaikan semulajadi adalah yang terbaik (nature is the best). Penggunaan racun kimia dalam industri pertanian (seperti baja, racun serangga & kulat) dan berbagai kimia dalam penyediaan makanan peroses (seperti bahan awetan & pewarna) menghantui dalam pemilihan makanan kesihatan. Membaca label, syarikat pengeluar dan ramuan atau kandungan (ingredients) makanan sangat mustahak dilakukan sebelum membeli sesuatu produk makanan kesihatan. Pastikan keselamatan mengatasi segala-segalanya.

Pada umumnya makanan yang berserat boleh mengurangkan masalah penyakit perut serta usus termasuk sembelit, mengawal kolesterol dan gula, dan lemak dalam darah. Sumber makanan yang tinggi garam galian boleh mengatasi kepucatan dan sistem baikpulih tubuh. Sumber protein boleh menggantikan sel-sel atau tisu-tisu yang rosak manakala peranan vitamin membantu mengelakkan pelbagai komplikasi penyakit seperti penyakit kekeringan kulit (dry, flaky or scaly) boleh diatasi dengan pengambilan vitamin E dan bibir merekah dengan vitamin C.

Untuk masalah rabun malam memerlukan banyak vitamin A yang sumbernya ialah minyak sawit, telur kunung dan sayuran hijau. Begitu juga fungsi vitamin B boleh mengatasi masalah keletihan, kurang selera makan dengan memakan makanan kekacang, daging, susu, sayuran serta buahan. Osteoporosis boleh dicegah dengan makanan yang tinggi kandungan garam galian kalsium. Masalah tekanan darah tinggi boleh dikurangkan dengan pemakanan yang mengandungi bahan kompleks omega.

Ulaman tradisi seperti ulam raja, petai, pucuk gajus dan pegaga mempunyai bahan antioksidan atau aktiviti pembersihan tubuh (detoxification) yang sangat tinggi (sila lihat rajah 1), kebanyakannya mempunyai aktiviti pembersihan melebihi 80%. Peroses pembersihan tubuh boleh mengeluarkan bahan kotoran akibat daripada pelbagai aktiviti metabolisma tubuh; dan ini akan membolehkan sistem tubuh menjadi bersih serta menjalankan fungsinya dengan lancar dan cekap. Memakan ulaman adalah amalan yang sangat baik untuk penjagaan kesihatan jangka panjang. Ulam biasanya dimakan segar dan mentah, ianya mengandungi bahan semulajadi yang boleh diterima serap oleh tubuh dengan baik. Pihak FAMA (agensi pemasaran komoditi pertanian) pernah mengadakan kempen memakan ulam sebagai sumber makanan kesihatan pada awal 1990’an.


Nilai Kesihatan
Bagaimana nama ‘makanan kesihatan’ boleh timbul? Apakah sesuatu yang kita makan itu tidak sihat? Apa yang meng’gerak’kan penerimaan makanan kesihatan apabila terbukti sesuatu makanan boleh meningkatkan kesihatan tubuh secara normal dan semulajadi tanpa bergantung kepada ubatan dan tiada memberi kesan sampingan negatif terhadap tubuh. Nilai tubuh yang sihat tiada bandingan dengan nilai kebendaan. Kekayaan kebendaan tidak semestinya dituruti dengan kekayaan kesihatan. Kesihatan tubuh bukan tukaran wang-ringgit atau dengan intan-berlian. Ada yang mengatakan ‘Apa wang boleh beli? Wang boleh beli ubatan tetapi tidak boleh beli kesihatan’. Makanan kesihatan sepatutnya selamat dimakan dan tidak memudaratkan tubuh.

Orang yang mengamalkan pemakanan kesihatan akan mengalami kurang masalah kesihatan dan kehidupan mereka lebih ceria. Ia sokongan pula dengan ujian-ujian klinikal yang boleh membantu mengurangkan penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, sakit dalam perut dan pembekal tenaga batin

Kalau gula dikatakan merbahayakan kesihatan, maka sekarang ini sudah ada minuman manis tanpa gula (sugar-free drink) dan minuman tanpa kafin. Dalam pasaran sudah banyak barangan yang ditambah nilai kesihatan, seperti diperkaya (enriched) dengan vitamin atau bahan tertentu, bebas kolesterol dan tanpa bahan awet dan tiruan. Pilihan ditangan pengguna sendiri.

Aspek-aspek yang perlu diambilkira dan perhatian sewajarnya dalam memilih makanan kesihatan ialah:
· Kebersihan: tahap dan mutu
Walaupun semua orang tahu kepentingan kebersihan tetapi kerap diabaikan seperti keadaan terdesak, kesuntukan masa dan kesibukan tugas. Sepatutnya tahap dan mutu kebersihan mengatasi segala-galanya.
· Kandungan (ingredients)
Bacalah dengan teliti dan faham akan segala kandungan makanan dan kalau perlu cara-cara menggunakannya.
· Kesegaran / Keaslian / Ketulinan
Pilihlah hanya yang segar, asli dan tulin kerana ini menandakan tahap kualiti makanan. Makanan berkualiti, makanan berkhasiat dan makanan kesihatan.

· Keselamatan – keracunan, kandungan bahan kimia & tahap pencemaran
Faktor ini harus mendapat perhatian yang serious sekali kerana tersilap pilih akan membawa padah kepada diri sendiri dan ahli keluarga. Bahan-bahan ‘preservative and additive’ yang berlebihan perlu dielakkan.
· Punca asal sumber / Pengeluar barangan makanan
Adalah lebih elok kalau diketahui dari mana sumber punca makanan tersebut dihasilkan
· Yang kurang lemak / kolesterol
Makanan berlemak / berkolesterol tinggi memang merbahayakan kesihatan. Makanan bersumberkan haiwan mengandungi kolesterol yang
tinggi berbanding bersumberkan tumbuhan seperti sayuran, buahan serta ulaman.
· Banyakkan pemakanan sayuran dan buahan
Yang paling baik ialah membanyakkan memakan sayuran dan buahan kerana ia mengandungi bahan semulajadi yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi menjana kesihatan dan disamping membekalkan serat yang
boleh menyerapkan lebihan lemak tubuh.
· Tarikh luput (expired date)
Ini juga kerap diabaikan oleh pengguna. Tentukan setiap makanan yang dibeli pada masa dan tahap yang boleh digunakan lagi.
· Jangan terpengaruh dengan iklan atau jurujual
Ramai orang tanpa berfikir selalunya terpengaruh dengan daya tarikan iklan atau jurujual yang petah bercakap. Fikirkan secara waras apa yang diiklankan atau diperkatakan oleh media atau jurujual barangan tersebut.
· Kurangkan makan di luar
Maksud makan di luar ialah makan di gerai atau di restoren kerana kebanyakan operator gerai / restoren dalam penyediaan makanan dari segi mutu dan kebersihan diragui. Kalau perlu pilihlah tempat yang diyakini keselamatannya. Makan di rumah, masakan sendiri adalah lebih elok.

· Kurangkan gula dan garam terutama yang putih-bertapis (white-refined sugar & salt).
Kurangkan pengambilan makanan yang mengadungi tinggi gula dan garam bertapis kerana gula dan garam yang berlebihan boleh menjadi punca pelbagai penyakit kronik seperti kegemukan dan darah tinggi.
· Selalu memakan makanan yang mempunyai bahan antimikrobial (anti microbial).
Bahan antimikrobial bertindak melawan banyak jenis bakteria, fungi, parasit dan virus. Bawang putih (garlic) mempunyai tinggi kandungan antimikrobial, sangat baik dimakan selalu, terutama dalambentuk jus. Kunyit boleh melegakan usus dan bengkak-bengkak dalaman. Halia yang mempunyai lebih daripada empat ratus bahan kimia aktif (Leo Galland, 1997) boleh menolong banyak masalah penghadazaman dan melawan parasit dalam usus.
· Ikuti garis panduan piramid pemakanan
Panduan piramid pemakanan adalah satu panduan carta kelompuk makanan mana yang sepatutnya dimakan lebih banyak daripada yang lain. Sesiapa yang ada kemudahan internet boleh melayari laman web http://nutriweb.org.my/, yang direkabentuk khusus untuk penduduk Malaysia.




Artikal 4

SAKIT BELAKANG (SPINAL PAIN)

Ada 31 pasang saraf tulang belakang – 8 pasang saraf servikal (C1-C8), 12 pasang saraf torik (T1-T12), 5 pasang saraf lumber (L1-L5), 5 pasang saraf sakral (S1-S5) dan 1 pasang saraf kecil kossigel (C0). Jadinya, bilamana salah satu saraf tersebut tidak berfungsi dengan baik, ia boleh menyumbang sakit belakang. Perjalanan darah sekitaran saraf juga sangat penting untuk saraf berfungsi lancar.

Adakah anda tahu dianggarkan bahawa kira-kira 80% orang mengidap masalah sakit belakang sepanjang hidup mereka? Sakit belakang dan sakit leher adalah disebabkan salah otot (muscular), ligamen, tulang belakang (disc) atau masalah saraf (neurological). Keadaan lebih berat-badan dan kegemukan boleh menyebabkan sakit belakang kerana badan ‘dipaksa’ membawa beban pada setiap masa dan ketika. Selalunya sakit belakang ada hubungkait dengan kelemahan (weakness) dan rasa sengal (numbness), termasuk akibat bekerja atau waktu tidur.

Rawatan paling popular ialah kaedah fisiologi – ia bertujuan meningkatkan kekuatan otot saraf dan pergerakan spinal (spinal mobility). Pada umumnya, untuk mengelakkan sakit belakang, seseorang boleh melakukan pergerakan belakang dan leher dengan aktiviti berjalan, berenang, berbasikal atau ke pusat gim. Makanan yang seimbang bagi mengelakkan kegemukan dan osteoporosis patut sangat diamalkan sebagi amalan hidup harian.

Antara penyebab masalah sakit belakang ialah:
¨ Peningkatan usia
¨ Berat badan berlebihan
¨ Mengangkat beban secara tiba-tiba dan tidak mengikut tertib/peraturan.
¨ Akibat kemalangan dan kecederaan sukan.
¨ Jangkitan, kanser atau retak (fracture) pada tulang belakang.

Kaedah menggerakkan (stimulate) saraf saluran triple heater (triple heater meridian), saraf hati (liver meridian) serta peredaran darah (blood circulation) dengan cara mengurut adalah alternative yang patut dilakukan secara berkala. Kaedah rawatan homeopati dan herba semulajadi boleh difikirkan serentak.




Artikal 5

Understanding ED

Erectile Dysfunction (ED) occurs when a man can’t get an erection or can’t keep an erection long enough to finish having or during sex. Another term for this problem is impotence.

An erection is caused when there is increased blood flow into the penis. Penile vein then clamp down to trap blood there, causing stiffness. Nerves in the penis provide feelings of pleasure and help maintain the erection until ejaculation.

There are many possible physical and non-physical causes of ED. Basically if any disorder that impairs blood flow in the penis has potential to cause ED. This includes diseases like hypertension, diabetes, vascular and cardiovascular (heart) diseases, any injury particular nearby area prostate gland e.g. surgery’s side effect, hypertension drug side effects and psychological causes like anxiety, depression or stress.


Solution through Massage Therapy

Firstly, increase the blood flow through massaging the Triple-Heater, Pericardium and Heart meridians (Fire Element). Increasing blood flow also helps the body detoxification process (see why we need massage).

Secondly, is to reduce all the causative problems by massaging the Liver meridian. By activating the liver as to increase the body’s defense mechanism. The liver acts ‘military’ defense force.

Not to forget to activate the Kidney and Urinary Bladder meridian (Water Element) because this element acts as ‘energy level and fluid control’ in the body system.

Combination of ‘steady blood flow’, ‘good body defense system’ and ‘better energy and fluid control’, hopefully (insyaAllah), can enhance the penile erection back to normal situation.




Artikal 6

USIA 40’an:
APAKAH KITA SEMAKIN AWET MUDA?

Kita sering mendengar ‘Kehidupan bermula pada umur 40 atau ‘Life begins at 40’. Ungkapan tersebut sering disalahertikan. Kononnya kehidupan bagi seseorang akan ‘bebas-lepas’ atau mulai boleh enjoy, mulai bergaya atau boleh ‘pasang badan’ dan ‘muda semula’ bermula umur 40 tahun? Memang tidak dapat dinafikan peringkat umur 40 ialah pada tahap mencapai umur matang dan tahap berfikiran yang stabil. Segala keputusan atau tindakan mahupun perbuatan yang bakal diambil hendaklah berdasarkan fikiran yang rational, bukan mengikut nafsu atau telunjuk orang lain. Sepatutnya apabila ia membuat sesuatu keputusan, maka keputusan itu semestinya yang mantap dan membawa impak yang ketara samada untuk diri sendiri, ahli keluarga mahupun masyarakat. Selalunya pemimpin atau ketua yang stabil dan berwibawa berumur 40 keatas.

Sebenarnya, secara fisiologi, tubuh badan manusia mulai ‘mereput’ dan merosot bermula ketika umur 40 tahun. Dikatakan mereput sebab ketika inilah badan kita mulai mengalami peroses degenerasi iaitu bermulanya sel-sel tubuh tidak begitu aktif, sistem ketahanan badan menurun serta perlahan dan penyakit mulai menyerang. Secara luarannya mata mulai kabur atau rabun, kulit mulai kendur, mudah lupa sesuatu dan rambut mulai ditumbuhi uban. Ada juga yang mengatakan umur sebegini ‘rumah kata pergi, kubur kata mari’. Bagi pakar perubatan, usia 40 tahun keatas ialah peringkat umur yang mana sifat keremajaan seseorang sudah mulai hilang dan ia satu peringkat permulaan hari tua. Ini adalah titik bermulanya kurang produktif, keupayaan fizikal dan mental mulai menurun dan kesegaran semakin merosot.

Mengikut takrifan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan tubuh bermaksud bilamana keadaan keupayaan fizikal, mental dan sosial tidak terbatas dan juga bebas daripada sebarangan penyakit dan gangguan (health as a state of unlimited physical, mental and social well being and not only as the absence of illness and handicaps). Satu takrifan kesihatan yang begitu ideal yang tidak mungkin terdapat pada diri seseorang yang berusia 40 keatas. Dan boleh juga diperkatakan untuk setiap individu yang hidup di abad ke 21 ini, di mana lapisan ozone semakin menipis dan alam sekitar serta punca makanan kian tercemar. Tambahan pula bila masa berlalu, usia seseorang terus bertambah dan keadaan tubuh badan kian merosot.

Keadaan penuaan dibahagikan kepada dua. Pertama, penuaan kronologi iaitu keadaan penuaan mengikut umur seseorang dikira dari tarikh lahir, misalnya berumur 69 tahun. Kedua, penuaan biologi iaitu tahap pengukuran mengikut keupayaan biologi badan, misalnya individu itu sudah berusia 75 tahun tetapi masih kelihatan segak dan muda dan keupayaan fizikalnya cergas kerana keadaan biologinya masih baik. Bagaimanapun, penjagaan kulit dengan menggunakan barangan kecantikan hanya satu strategi awet muda berbentuk luaran (superficial) sahaja.

Jangka Hayat Penduduk Malaysia
Bersyukurlah dengan tahap kemajuan yang kita capai hari ini jangka hayat penduduk Malaysia semakin meningkat (sila lihat jadual 1.0). Usia kaum perempuan melebihi lelaki. Kaum lelaki lebih terdedah kepada jenis pekerjaan yang berisiko tinggi dan keadaan tertekan (stress). Sejak 1980 hingga 2000 usia lelaki dan perempuan masing-masing bertambah daripada 66.7 ke 69.4 dan 71.6 ke 74.2 tahun. Faktor penyumbang keadaan tersebut mungkin disebabkan oleh tahap sosial-ekonomi yang lebih baik dan kesedaran penjagaan kesihatan kalangan rakyat Malaysia sendiri.



Masalah Penjagaan Kesihatan
Persoalannya, apakah usia yang semakin lanjut tersebut diikuti pula dengan kesihatan tubuh yang sihat dan masih awet muda? Sebaliknya kes-kes morbiditi (penerima rawatan di hospital / klinik kerajaan mahupun swasta) menunjukkan peningkatan. Tahun 1980 terdapat 19,724,566 kes morbiditi, pada 1990 ke 25,114,662 kes dan 1997 melonjak kepada 28,722,416 kes (Tajaruddin, 2000). Dijangkakan kes-kes morbiditi akan terus meningkat pada masa kehadapan. Kebanyakan kes morbiditi terdiri daripada kalangan yang berusia 40 keatas. Oleh itu kerajaan terpaksa membelanjakan ratusan juta ringgit setiap tahun bagi penjagaan dan rawatan kesihatan bagi kumpulan tersebut.

Apa yang lebih penting dititikberatkan oleh golongan tua ialah menjaga serta mengurus kesihatan mereka secara berterusan. Apakah mereka ingin menderita seperti berulangalik ke klinik/hospital, memakan ubat dan rasa resah gelisah sehingga penghujung hayat? Katakanlah seseorang itu dijangkiti atau mengidap sesuatu penyakit kronik ketika berumur 50 tahun dan andaikan ia mencapai umur purata jangkahayat penduduk Malaysia 70 tahun. Ini bermakna seseorang tersebut akan menderita selama 20 tahun lagi! Bayangkan berapa banyak perbelanjaan kesihatan dan penderitaan yang terpaksa dia tanggong selama 20 tahun tersebut? Berapa banyak pula orang-orang yang berhampiran dengannya terutama ahli keluarga yang turut ‘menumpang’ menderita dan kesusahan serta ‘air mata’ yang terpaksa dikeluarkan? Kos lepas (opportunity cost) yang terpaksa dilepaskan selama 20 tahun terlalu banyak; menjadi sia-sia, satu pembaziran dan tidak produktif.

Pencarian Awet Muda
Kelihatan muda jelita adalah idaman semua orang. Tidak mengira sesiapa atau mana-mana individu, ingin hidup muda dan cergas seberapa lama yang boleh atau kalau boleh akan kelihatan muda selama-lamanya hingga akhir hayat. Banyak usaha dan tenaga dicurahkan kearah mencapai matlamat tersebut. Bagaimanapun, hukum alam tidak mengizinkan, ia akan luntur (tua) mengikut masa dan tidak dapat dielakkan sepenuhnya. Setelah umur seseorang menjangkau 40 tahun, kejelitaan wajah semakin pudar dan kemerosotan keupayaan fizikal, mental semakin ketara dan keadaan sistem imun tubuh semakin lemah menyebabkan individu tua begitu mudah dihinggapi penyakit (Hassan Yaakob, Berita Harian 21/02/2001). Kita tidak patut perlu bimbang atau panic setelah melepasi usia 40 tahun. Kita harus bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan kerana memanjangkan umur dan memperolehi nikmat yang banyak serta melimpah ruah kerana rahmatNya.

Remedi atau cara-cara mengatasinya memang banyak, seperti menjalani kehidupan yang sihat seumpama tidak merokok, selalu bersenam dan bersukan, memakan makanan yang baik dan berkhasiat serta yang bebas daripada pencemaran dan berfikiran positif terhadap kehidupan. Memilih ubatan tanpa dadah dan rawatan semulajadi (non-drug and natural cure) adalah alternatif yang lebih baik. Yang lebih penting ialah gaya hidup (life style). Ia sangat besar pengaruhnya terhadap kesihatan golongan tua. Kebanyakan penyebab kematian masalah jantung, kanser dan stroke berpunca daripada gaya hidup seseorang. Misalnya, masalah kronik paru-paru tersumbat ada hubungkait yang rapat dengan tabiat amalan merokok. Antara 2 daripada 10 sebab utama kemasukan ke hospital kerajaan iaitu penyakit aliran darah dan masalah pernafasan dimonopoli oleh golongan tua (Kementerian Kesihatan, 1999).

Adalah dipercayai dengan kemajuan ilmu sains dan teknologi hari ini, manusia telah menemui beberapa kaedah yang boleh melambatkan atau menundakan sadikit peroses penuaan tersebut yang selalu dikenali sebagai awet muda. Pelbagai kaedah, ubatan, jamu atau ramuan dirumuskan bagi mencapai tujuan kearah awet muda. Penyelidikan anti-penuaan (anti-aging) begitu aktif dilakukan sejak pertengahan 90’an. Di Amerika, Akademi Anti-Aging ditubuhkan pada tahun 1993, yang menemukan beberapa agen farmakologi digunakan sebagai anti-penuaan. Beberapa jenis terapi turut digunakan antaranya kombinasi hormon bersama zat pemakanan, bahan anti-oksidan, peroses detoxification serta pelbagai vitamin, garam-garam galian dan tumbuhan herba semulajadi dieksploitasikan. Hasilnya, di negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat dan Jepun, ia bukanlah satu perkara yang menghairankan dan aneh apabila melihat seseorang yang berusia 80 atau 90 tahun tetapi masih berbadan tegap dan mampu menjalankan kegiatan fizikal dan bekerja aktif dan boleh menyumbang secara produktif seperti melakukan kerja-kerja kebajikan dan menganggotai badan-badan sukarelawan.

Malaysia Boleh
Di Malaysia kesedaran tentang trend awet muda tidak kurang juga hebatnya. Berbagai petua dan amalan didedahkan melalui media cetak tentang pelbagai khasiat ramuan tradisional dan terapi moden serta produk tentang penjagaan badan awet muda supaya kelihatan sentiasa menawan, jelita dan bergaya. Kaedah moden dan saintifik menggunakan pelbagai peralatan dan jenama telah ada di pasaran sekarang ini – ‘tepuk dada, tanya selera’. Daripada penemuan herba Tongkat Ali, khasiat pergaga, peralatan gymnasium dan hinggalah ke beberapa tonik dan ubatan yang dikatakan boleh membawa ke arah awet muda mendapat sambutan yang menggalakkan. Beberapa syarikat telah mengorak langkah mengambil kesempatan daripada penemuan ini dan sedang mengaut keuntungan yang besar.

Maklumat-maklumat penemuan terkini begitu senang diperolehi dengan kemudahan teknologi maklumat (IT) – media cetak atau eletronik. Berserta dengan peningkatan tahap pelajaran dan taraf hidup penduduk negara kita maka kesedaran dikalangan mereka tentang penjagaan kesihatan kian meningkat. Kearah masyarakat sihat dan bahagia, rakyat Malaysia juga mampu melakukan apa yang rakyat negara maju lakukan. Kita mahu maju bersama dengan kemajuan masyarakat yang sihat. Kita mahu menuju Wawasan 2020 bersama rakyat yang sihat, aktif dan produktif.

Tajaruddin Jasi

Telah diterbit dalam MASSA, 16 – 22 JUN 2001



Artikal 7


FUNGSI PERUT

Perut terletak di sebelah kiri bahagian atas sukuan (quadrant) abdomen. Ukuran panjang perut dewasa antara 15 – 25 sm dan isipadunya bergantung banyak mana kandungan makanan yang ada di dalamnya - boleh membesar bersaiz sehingga 4 liter. Ia merupakan ‘tangki simpanan’ sementara dimana protin dan lain-lain makanan mula ditukar menjadi pekat (paste) disebut kim (chyme). Perut juga berfungsi menyerap bahan-bahan larut lemak seperti aspirin, alkohol, dan sebahagian dadah (drugs).

Beberapa hormone seperti gastrin, serotonin, histamine dan somatostatin dikeluarkan oleh perut bagi membantu dalam peroses penghadaman makanan. Tindakbalas gastrin dan histamine akan menghasilkan persekitaran lebih alkaline dalam darah/tubuh. Keasidan pH 7.35 – 7.40 paling sesuai dan ini dapat membantu dalam peroses penghadaman makanan selanjutnya (Harvey & Marilyn Diamond, 1985) [pH=0 total asid, pH=14 total alkaline dan pH=7 neutral]. Oleh itu sangatlah penting seseorang mengelakkan atau mengurangkan pengambilan makanan yang berasid. Banyakkan pengambilan buahan serta sayuran kerana ia beralkaline serta mudah hadzam.

Apa Makanan Yang Berasid?
¨ Semua makanan non-vege (e.g. daging): bersumber daripada haiwan.
¨ Gula & garam bertapis (refined sugar & salt), kopi dan teh
¨ Tepung putih (white bread), makanan berminyak, biskut dan pastry.

Akibat Perut Meragam
¨ Makanan tidak hadzam – sembelit, buasir, gastric dan appendik.
¨ Kembung dan tidak selesa
¨ Punca pelbagai penyakit seperti darah tinggi, jantung, buah pinggang dan kanser.


Salah satu kaedah lain, dapatkan terapi urutan bahagian abdomen/perut cara menggerakkan (stimulating) saraf perut pada berkala tertentu.



Tajaruddin bin Jasi,




Artikal 8

Air Bersih Lagi Membersihkan

Air merupakan elemen asas kepada tubuh yang sihat. Air yang mengalir dalam tubuh akan menentukan tahap keseimbangan dan seterusnya kesihatan tubuh. Badan kita terdiri daripada 72% air, 8% kombinasi bahan kimia dan baki 20% lagi merupakan komponen tulang dan tisu-tisu organ badan. Jadi badan manusia adalah takungan air bertujuan menggerakkan segala fungsi metabolisma dan tindakbalas tubuh pada setiap detik kehidupan termasuklah dalam waktu tidur mahupun dalam keadaan separa sedar, pengsan atau koma, selagi nyawa (hayat) masih ada dalam tubuh.

Setiap peroses kehidupan, termasuk peroses penyembuhan akan hanya bertindakbalas dalam badan kita menerusi air. Badan kita sentiasa bergelut untuk menjadi muda dan sihat dengan aktiviti baikpulih sepanjang masa dan aktiviti baikpulih ini mencapai tahap optimum pada waktu rihat tidur malam. Setiap komponen tubuh bekerja secara seiring untuk ‘repair’ dan menjana mana-mana sel yang rosak, menyambung tulang-tulang yang patah, menyerang serta memusnahkan organisma perosak seperti virus dan bacteria yang memasuki tubuh. Dalam setiap proses tersebut hanya terdapat satu media yang menggerakkan aktiviti tersebut iaitu AIR.

Darah dalam badan merupakan perkara paling mustahak yang mengandungi air 83% air. Darah mengalir keseluruh ceruk rantau tubuh kita yamg membawa segala nutrient keperluan tubuh seperti oksigen, antibodi, mineral, vitamin, hormon serta enzim atas permintaan pada bila-bila masa diperlukan. Untuk darah menjalankan tugas secara cekap, badan kita perlukan cukup air bersih yang sihat.

Pengambilan air yang tidak cukup/kurang atau air yang tercemar akan menyebabkan kandungan darah akan berubah dan akhirnya boleh merosakkan kesihatan. Otak kita mengandungi lebih 80% air dan mengawal setiap peroses yang berlaku dalam badan. Dan kawalan ini kekal secara tetap untuk menghantar serta menerima pelbagai isyarat menerusi system saraf yang secara realitinya daripada sumber air yang terdapat dalam tubuh. Cecair dalam saraf hampir sepenuhnya adalah air dan minerals. Penyampaian signal atau mesej yang dipanggil ‘protein transporter’ bergerak pada kelajuan cahaya ke setiap sel dan organ dalam badan. Semuanya ini perlukan air.

Seperti mana-mana rangkaian komunikasi, rangkaian sistem saraf memberi kesan kepada kelajuan mesej yang yang akan dihantar. Jika cecair dalam saraf dipenuhi bahan kimia yang tidak perlu seperti logam berat, radikal bebas dan karbon, hasil tindakbalas akan lambat dan mesej akan bercelaru. Kecelaruan ini menjadi punca kebanyakan gangguan sistem saraf seperti ‘attention deficit disorder’, ‘chronic fatigue syndrome’, kemurungan dan pelbagai penyakit seumpama darah tinggi, kencing manis, barah dan masalah jantung.

Air bertindak sebagai media proses segala aktiviti metabolisma yang diperlukan oleh badan, termasuk tenaga. Tenaga kita banyak bergantung kepada jumlah air yang kita minum. Kehilangan 5% air dalam badan akan menyebabkan kehilangan 25% – 30% tenaga manakala kehilangan 15% air dalam badan boleh membawa maut!

Dianggarkan lebih dua pertiga daripada manusia tidak minum cukup air dan menderita dehidrasi. Contuh paling klasik ialah penghidap sembelit disebabkan ketidakcukupan air di dalam badan. Malangnya kebanyakan kita beralih kepada minuman perangsang seperti kafein (kopi & teh), berkabornet dan gula untuk menambah tenaga berbanding meminum lebih banyak air kosong bersih yang sangat-sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga semulajadi. Kafein dan gula sebenarnya boleh menyebabkan kita kehilangan lebih banyak tenaga dan air. Ini disebabkan untuk metabolismakan kafein dan gula badan gunakan tenaga dan air. Akibatnya lebih banyak tenaga dan air semulajadi akan hilang. Ini boleh membawa ketagih kepada tenaga buatan palsu.

Perhatikan dan Fikirkan Senario Ini. Air yang kita minum setiap hari sudah tercemar serious. Makanan segera dan minuman ringan yang menjadi kegemaran genearsi baru kini mengandungi pelbagai bahan pengawet, bahan kimia, perasa dan pewarna. Sayuran dan buahan disembur dengan racun serangga serta kulat dan disuburi dengan baja kimia tiruan. Ikan dipasaran mengandungi logam berat seperti raksa dan plumbum. Daging segar dicemari hormone tumbesaran dan antibiotic. Kualiti udara yang kita sedut saban hari turut tercemar oleh pelbagai punca sebab. Ini belum diambilkira ‘musim’ jerebu yang menakutkan. Toksid-toksid ini secara langsung ‘masuk’ dan akan terkumpul dalam badan kita setiap hari. Lama-kelamaan sel-sel serta fungsi-fungsi organ badan akan terganggu dan rosak, akhirnya menyebabkan pelbagai jenis sakit dan penyakit.

Kebersihan air yang diminum memberi impak yang besar kepada tahap kesihatan dan tenaga kita. Apabila bahan toksin termasuk klorin (dalam air paip rumah) masuk ke dalam badan, kita perlu menggunakan sebahagian tenaga dan air untuk mengurangkan serta memperbaiki kerosakan akibat pencemaran itu. Meminum banyak air bersih boleh mempercepatkan proses metabolisma dan membolehkan badan kita menyerap nutrient dengan lebih baik, sekali gus meningkatkan sumber tenaga. Sistem penyahtoksik (detoxification) dalam badan kita satu-satunya komponen terpenting untuk mencapai kesihatan yang optimum dan satu proses yang sangat-sangat bergantung kepada jumlah air bersih yang diminum.

Kadar Minimum
Kita biasa mendengar atau baca yang kita patut minum 6 - 8 gelas air sehari. Kadar itu hanya membantu mengekalkan tahap kesihatan paling minimum. Dengan lain-lain perkataan kadar 6 - 8 gelas tersebut adalah kadar paling minimum bagi meneruskan fungsi asas badan seperti penghadaman, kawalan suhu badan, pergerakan jantung, pelincir sendi dan kelembapan kulit.

Percayalah, setiap kali kita bernafas, mengedip mata, menggerakkan tangan dan kaki, degupan jantung dan melakukan apa jua bentuk kerja, ia merupakan proses yang memerlukan air. Jadinya setiap pergerakan tadi akan mengurangkan jumlah air. Untuk badan berfungsi secara normal berterusan kita perlu meminum air bersih lebih daripada tahap minimum. Lebih banyak minum air bersih, lebih banyak toksin boleh dikeluarkan dan mengekalkan keremajaan kulit. Ia merupakan proses mudah yang membawa perubahan hebat kepada tahap kesihatan yang berkekalan. Kita perlu lakukan dengan meminum banyak air bersih.

Saranan pengambilan air yang sihat ialah 10 – 12 gelas sehari. Namum untuk mencapai faedah optimum minumlah 14 ke 16 gelas air bersih sehari. Tabiat kesihatan yang baik adalah meminum segelas air setiap satu atau dua jam sekali. Pada tahap awalnya mungkin anda akan kerap ketandas buang air kecil, tetapi tidak setelah menjadi kebiasaan. Perhatian: air yang mengandungi gula atau kafein tidak boleh diambilkira kerana ia hanya menyebabkan kehilangan air dan tenaga dalam badan.

Sebenarnya tubuh yang berpenyakit adalah tubuh yang dipenuhi banyak kekotoran hasilan daripada makanan dan minuman yang tidak sihat seperti banyak mengandungi bahan awetan, perasa, lemak-minyak, manisan, garam dan bahan kimia proses dalam makanan moden. Hanya air yang bersih yang boleh membersihkan tubuh kita daripada bahan toksin tersebut.

Mari kita cuba dan amalkan meminum lebih daripada 10 gelas air bersih sehari untuk seminggu dan anda akan terkejut dengan kesan yang hebat. Meminum segelas air bersih sebelum tidur dan meminum lagi segelas air sebaik bangun daripada tidur sebelum anda membasuh mulut atau memberus gigi adalah amalan yang sihat. Sekurang-kurangnya anda akan merasa ‘puas dan lega’ selepas membuang air besar dan badan akan berasa lebih segar terutamanya setiap kali bangun daripada tidur. Amalan meminum air sebanyak ini agak sukar diperingkat awal (perlukan sedikit displin diri) dan setelah diteruskan ia membawa banyak faedah kepada kesihatan anda.



Artikal 9

Menyahtoksid Secara Semulajadi
(Natural Detoxification)

Sering berasa lesu? Kerap dijangkiti selesma, demam atau batuk-batuk? Mempunyai jerawat, ruam kulit serta gatal-gatal? Masalah kembung perut, memulas-mulas, bias-bisa dan sembelit? Sakit sendi / arthritis, gout dan lengoh-lengoh? Berkeadaan obese serta badan berbau? Atau ada masalah/hidapi penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, barah, kencing manis? Apa puncanya…??? Semuanya itu mungkin berpunca keadaan toksid berlebihan dan anda perlu menyahtoksid melalui sistem perkumuhan (excretion) tubuh anda.

Hati (Hepar/Liver) adalah organ menyahtoksid yang paling utama. Toksid disingkir melalui buah pinggang, kulit, najis besar (melalui kolon), najis kecil (melalui bladder) dan paru-paru. Jika toksin berlebihan dan terkumpul dalam tubuh anda, sistem menyahtoksid akan terganggu dan ini boleh menjejaskan kesihatan anda seperti masalah tersebut di atas tadi atau boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan kanser.

Sumber toksin termasuklah daripada racun perosak (dalam sayuran serta buahan), bahan tambahan makanan (perasa, pewarna, additive, awitan – terutama dalam makanan & minuman segera dan melalui pelbagai peringkat peroses), kedapatan logam berat (dalam daging, ikan dan hasilan tenusu) dan air minuman tercemar. Badan turut menghasilkan toksin daripada peroses metabolisma tubuh. Menurut Spier (1957), semua penyakit berpunca daripada bahan kimia yang terkandung di dalam makanan yang dimakan.

Makanan yang tidak hadam (tidak dicerna dengan sempurna) turut mengeluarkan bahan bertoksid. Kualiti udara turut menambah bahan toksin ke dalam tubuh. Kesibukan bekerja seharian menyebabkan semakin ramai individu lupa tentang aspek pemakanan yang sihat dan seimbang. Keadaan ini akan terus menambahkan jumlah toksin dalam badan.

Program menyahtoksidan boleh membantu mengekalkan kesihatan bagi menangani pelbagai masalah kesihatan anda. Penyingkiran toksin bermaksud mengelakkan penambahan toksin kedalam system tubuh dan dalam masa yang sama menggalakkan menyahtoksid yang tersedia ada dalam badan anda.

Untuk menyahtoksid, seseorang perlu mengelakkan pengambilan kafin (minuman tea/kopi), alcohol, rokok, dadah (termasuk dalam ubatan), makanan peroses dengan pewarna dan berperisa, bahan tambahan makan, dan gula & garam ringkas. Diet perlu kaya dengan makanan orgnik yang segar, sayuran berdaun hijau, buahan, herba, minum air yang mencukupi, daging tanpa lemak dan banyakan pengambilan bijiran dan makanan kaya serat.

Atasi Masalah Dengan Diet Seimbang dan Gaya Hidup Sihat:
# Kurangkan pengambilan hasilan haiwan (daging & tenusu) dan makanan segera,minuman berkabonat atau ringan.
# Makan lebih sayuran dan buahan segar, ulaman dan herba sangat digalakkan.
# Minum lebih air, terutama air kosong/jarang, dan jus buahan dan herba.
# Pengurutan / Terapi Badan SANGAT membantu MENYAHTOKSIN dengan melancarkan darah serta organ perkumuhan seperti spleen, bladder, buah pinggang, paru-paru, hempedu (gall bladder) dan hati.
# Kerap bersenam untuk meningkatkan peredaran darah dan limfa.



Artikal 10

SAKIT BELAKANG (SPINAL PAIN)

Ada 31 pasang saraf tulang belakang – 8 pasang saraf servikal (C1-C8), 12 pasang saraf torik (T1-T12), 5 pasang saraf lumber (L1-L5), 5 pasang saraf sakral (S1-S5) dan 1 pasang saraf kecil kossigel (C0). Jadinya, bilamana salah satu saraf tersebut tidak berfungsi dengan baik, ia boleh menyumbang sakit belakang. Perjalanan darah sekitaran saraf juga sangat penting untuk saraf berfungsi lancar.

Adakah anda tahu dianggarkan bahawa kira-kira 80% orang mengidap masalah sakit belakang sepanjang hidup mereka? Sakit belakang dan sakit leher adalah disebabkan salah otot (muscular), ligamen, tulang belakang (disc) atau masalah saraf (neurological). Keadaan lebih berat-badan dan kegemukan boleh menyebabkan sakit belakang kerana badan ‘dipaksa’ membawa beban pada setiap masa dan ketika. Selalunya sakit belakang ada hubungkait dengan kelemahan (weakness) dan rasa sengal (numbness), termasuk akibat bekerja atau waktu tidur.

Rawatan paling popular ialah kaedah fisiologi – ia bertujuan meningkatkan kekuatan otot saraf dan pergerakan spinal (spinal mobility). Pada umumnya, untuk mengelakkan sakit belakang, seseorang boleh melakukan pergerakan belakang dan leher dengan aktiviti berjalan, berenang, berbasikal atau ke pusat gim. Makanan yang seimbang bagi mengelakkan kegemukan dan osteoporosis patut sangat diamalkan sebagi amalan hidup harian.

Antara penyebab masalah sakit belakang ialah:
¨ Peningkatan usia
¨ Berat badan berlebihan
¨ Mengangkat beban secara tiba-tiba dan tidak mengikut tertib/peraturan.
¨ Akibat kemalangan dan kecederaan sukan.
¨ Jangkitan, kanser atau retak (fracture) pada tulang belakang.

Kaedah menggerakkan (stimulate) saraf saluran triple heater (triple heater meridian), saraf limpa (spleen), saraf hati (liver meridian) serta peredaran darah (blood circulation – pericardium)) dengan cara mengurut adalah alternative yang patut dilakukan secara berkala. Kaedah rawatan homeopati dan herba semulajadi boleh difikirkan serentak.

Artikal 11

Servis Badan = Servis Kereta?

Bilakah kali terakhir kereta anda di servis? Mahukah anda merasai kenikmatan dan ‘pick-up’ kesegaran seperti kereta yang baru diservis? Tanyakan kepada diri anda sendiri bilakah kali terakhir anda servis badan anda? Mungkin anda terlupa oleh sebab tiada catitan dibuat sebagaimana pada kereta anda ‘ada tarikh dan jarak kilometer tertentu’ perlu diservis atau diselenggarakan. Anda pasti tahu tanpa servis berjadual kereta anda akan ‘meragam’ dan menyusahkan anda jikalau apa-apa berlaku di perjalanan. Perlu diingatkan, kereta anda punyai alat-ganti (spare-part) dan perlu ditukarganti kalau terdapat kerosakan (ware & tear) pada alat berkenaan. Tanpa berlengah anda bersetuju supaya bahagian yang rosak diganti segera.

Terfikirkah anda bahawa tubuh anda tiada alat-ganti bagi menggantikan mana-mana bahagian tubuh anda yang rosak? Anda berandaian bahawa ia akan dibaikpulih secara semulajadi. Keadaan ini lebih ketara apabila anda telah mulai masuk ke fasa ketiga iaitu fasa kemerosotan dan menurun (fasa umor melebihi 41 tahun). Tentu anda biasa mendengar masalah penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, masalah jantung, sakit belakang, sengal-sengal/bias-bisa badan, kanser (payudara, prostate, perut, usus dan otak) dan banyak lagi nama barisan penyakit, tetapi anda kurang arif bahawa ‘spare-part’ anda sebenarnya telah rosak maka timbullah gejala-gejala sebagaimana disebutkan tadi.

Servis badan (terapi badan) sebenarnya ialah melancarkan aliran darah keseluruh tubuh, mengaktifkan fungsi hormone, limfa dan sistem pertahanan tubuh. Darah berfungsi membawa bahan nutrient (zat) tubuh yang diterima daripada sistem penghadaman dan oksigen daripada sistem pernafasan dan darah juga berperanan membawa keluar bahan-bahan toksid tubuh ke sistem perkumuhan dan dinyahtoksidkan (detoxification). Ketidakcekapan atau ketidaklancaran aliran darah menyebabkan nutrient tubuh dan oksigen tidak cukup dan bahan toksid tidak habis dikeluarkan. Akhirnya tubuh akan menderita yang menimbulkan gejala-gejala penyakit seperti disebutkan tadi.

Berapa kali anda perlu servis badan? Demi untuk kesihatan yang optima adalah dicadangkan sekali sebulan.

Amalan biasa lakukan 2 - 3 bulan sekali atau 4 - 5 kali setahun